Bukti dari Pengguna


 5/12/2010 ~ LUKA BERSUNAT
Seorang sahabat mempunyai seorang anak lelaki yang baru disunatkan. Kemaluan anaknya itu telah menjadi bengkak dan sakit. Ia berlarutan selama seminggu. Beliau telah menemui En.Azahar untuk mendapatkan Minyak Luka Wali Tergantung ini. Hari pertama penggunaan Minyak Luka ini, kemaluan anaknya sudah tidak lagi rasa sakit dan bengkak telah mulai surut serta kuping luka mula terbentuk. Hari kedua penggunaan, semasa mandi, kuping luka telah luruh dan tanggal dan sakit dikemaluan anaknya telah pulih 90%. Hari ketiga penggunaan, anaknya telah dapat bermain-main semula dengan rakan-rakannya.. Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan ilham ramuan Wali tergantung ini kepada kami bagi membantu mereka yang dilanda musibah.

 12/12/2010~ TERKENA ZINK BERKARAT
Seorang buruh (En. Zahari) membantu bapanya membersihkan halaman rumah. Sedang beliau memunggah beberapa kepingan zink buruk ke tempat pembuangan sampah, jari telunjuk kiri beliau telah terkena bucu zink tersebut. Darah mengalir keluar dengan banyak. Beliau terus mendapatkan Minyak Luka Wali Tergantung, menuangkan ke dalam satu bekas kecil kemudian mencelup jari yang luka itu ke dalam bekas kecil itu. Luka tadi telah tertutup kembali dan darah terus berhenti. Rasa sakit pun terus hilang.

14/12/2010 ~ KUKU HAMPIR TERCABUT
Isteri kepada seorang sahabat (En.Shahabuddin) hampir tercabut kuku ibu jari kaki kerana terkena tongkat motosikal. Mereka sedang dlm perjlnan ke klinik untuk mencabut kuku tersebut. Ibu jari kakinya bengkak dan tidak boleh digerakkan kerana sakit. Mereka singgah berjumpa saya, lantas terus diberi Minyak Luka Wali Tergantung ini. Seminit berlalu, beliau telah dapat menggerakkan ibu jari kaki tanpa rasa sakit. Mereka terus berminat menjadi pengedar di daerah Bachok dan membatalkan niat ke Klinik.

15/12/2010 ~ LUKA PEMBEDAHAN
Seorang remaja dengan nama panggilan Eddie telah mengalami masalah paru-paru berair dan asma. Beliau dinasihatkan oleh doktor perubatan HUSM agar berhenti merokok dan tidak meminum minuman berais.  Beliau telah berpantang, namun sakitnya berulang. Akibatnya, doktor terpaksa membuat pembedahan menebuk lubang pada bahagian tepi rusuk kiri beliau, bagi membuang air di dalam paru-paru. Tempat yang ditebuk itu telah dijahit, namun luka kesan jahitan menyebabkan kawasan itu berair. Beliau telah menggunakan Minyak Luka Wali Tergantung ini pada tempat jahitan tebukan itu. Setelah itu, ia menjadi kering dan tidak lagi berasa sakit.