Penghantaran Produk

Bagi Pengedar di Semenanjung Malaysia, Pihak kami menggunakan Perkhidmatan Bas Trannasional dan mungkin juga beberapa syarikat bas lain bergantung kepada lokasi pembeli.


Namun bagi Sabah dan Sarawak pula penghantaran belum lagi kami putuskan.


Caj penghantaran ditanggung oleh pembeli/pengedar bergantung kepada jumlah kos yang dikenakan oleh pihak perkhidmatan bas.


Kami memilih penghantaran melalui bas kerana:

  1. Paling Murah
  2. Cepat
  3. Selamat

Pembeli dinasihatkan agar mengambil barangan yang dihantar di stesen bas/kaunter bas berkenaan.

Pihak kami akan memaklumkan detail penghantaran kepada pembeli seperti:
  1. Syarikat Bas Ekspress
  2. Nombor Bas yang membawa barangan tempahan
  3. Lokasi pengambilan barangan
  4. Masa barangan tiba di stesen berdekatan